Cinta menjadikan manusia suka disuruh. Agar dengan cinta itu kita suka disuruh lagi disuluh . Namun, cinta ang tidak ditentukan arahnya ,mejadi penunduk kehambaan. Hambalah manusia kepada sesama hamba, yang hakikat semuanya adalah hamba kepada nafsu dan diri.
Buang emak, buang saudara
kerana cinta yang bukan lagi cinta..
Lautan api sanggup direnangi , ikhrar pencinta yang sudah gila dibius cinta. Hingga api neraka hilang gerunnya.
Cinta semalam menjadikan umat islam umat yang hebat.
Cinta hari ini menjadikan umat islam luput tenggelam.
Sirna oleh cinta yang bukan lagi cinta.
Cinta yang diteladani daripada seorang Nabi SAW.
Cintakan bunga.........bunga kan layu..
Cintakan manusia.....manusia akan mati..
Cintakan dunia...dunia kau akan tinggalkan pergi.
Cintakan Illahi...cinta SEJATI...
katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu menyintai Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa2 kamu. dan ingatlah , ALLAH MAHA PENGAMPUN , lagi MAHA MENGASIHANI. (ali imran :31)
Hidupkan kami dalam cinta itu....
Matikan kami dalam cinta itu...
Pulangkan kami dengan cinta itu..
Ke PANGKUAN- Mu..
# andai cinta ingin dibawa ke syurga , kenapa dibiarkan cinta itu ada noktah dan hujungnya wahai sayangku ??
- by murrabi cinta >__<
No comments:
Post a Comment