jom iklan

Wednesday 24 April 2013

TuDUNg kOPiah PUTIH !!


Allahurrabbi !!
bila berada diantara dua persimpangan.
hati mula goyah..resah,gelisah..huh!
diri memerlukan kekuatan...
tp xsemua org mnyedari hakikat sakitnye perasaan..

terfikir jua...
kehadirannya yang sentiasa menyentuh kalbuku.Tika aku dijamah kealpaan, ada kau yang akan sentiasa membisikkan kata-kata keinsafan agar diri ini tidak terleka dengan lakonan dunia. Kau akan berikan aku kekuatan bila ujian datang bertandang. Dan bila aku hilang keyakinan akibat goyah dengan bisikan syaitan, kau akan hadir untuk memberi harapan. Kehadiranmu sentiasa mendamaikan hati yang sering keresahan ini. Tapi adakah ak dapat mencurah kasih seperti mana kau yang tidak pernah kering menyuburkan cinta, Aku berdoa agar kasih ini tidak akan pudar dimamah masa..
ah ayat..!!

Bersama denganmu akan menenangkan seperti air wudhuk yang membasuh jiwaku, mengajarku ketawa bersulamkan tangis... Allahurabbi !!

Seringkali dengar..sy taw sy xlayak untuk awk !!!!
Layak atau tidak seseorang itu, bukan manusia yang tentukan. Walau ditilik dari celah mana sekalipun oleh manusia, manusia tidak semestinya akan berjaya menemui yang terbaik. Telah ditetapkan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,begitulah sebaliknya.
Semua itu tak boleh disangkal oleh manusia kerana itu adalah janji ALLAH buat setiap hamba-NYA.

 Sangat bosan dengan AWAK !!!
Bosan itu tidak akan lari dari manusia yang lemah ini. Tapi senjata umat islam ialah doa, doa itulah yang akan dapat mengukuhkan hubungan kita . Berdoalah supaya Allah akan sentiasa mencambahkan kasih sayang di antara kita, agar Allah memelihara kita dari rasa bosan atau perkara-perkara yang akan menganggu - gugat hubungan yang dibina. Bila dah berdoa, tawakkal la.Segala ketetapan telah pun ditetapkan. Dan perkara yang terakhir yang boleh kita lakukan ialah redha dan terima ketentuan-NYA..

Allah adalah sebaik-baik jalannya.....




#hasil penulisan ROSHASILLA ATINA# ~

No comments: